Student Leadership Unit

HEAD OF STUDENT LEADERSHIP UNIT

MOHD FAISAL ABDULL RAHIM
(+60) • Work

About Unit

Unit Kepimpinan Pelajar (UKP) berperanan melaksanakan program-program pembangunan kepimpinan mahasiswa. Ini adalah selaras dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan UiTM untuk melahirkan graduan holistik yang berketerampilan daripada segi akademik, sahsiah dan kemahiran insaniah.  UKP bertanggungjawab dalam merancang, melaksana dan menyelaras pelbagai program kepimpinan dan profesional. Mendepani cabaran dan keperluan masa hadapan, UKP sentiasa proaktif dengan penganjuran pelbagai modul menerusi Program Kepimpinan Pewaris Bangsa (PKPB). PKPB merupakan inisiatif untuk membentuk pemimpin mahasiswa yang berdaya saing dan mampu menjadi pemimpin untuk organisasi, bangsa dan negara pada masa hadapan.
OBJECTIVES
  1. Merancang dan melaksanakan Program Kepimpinan Pewaris Bangsa (PKPB) mengikut dasar yang ditetapkan.
  2. Merancang dan melaksanakan program-program profesional bagi pelajar mengikut dasar yang telah ditetapkan.
  3. Merancang, melaksana dan menyelaras program-program pembangunan pelajar mengikut dasar pembangunan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dari masa ke semasa.