Sport Unit

HEAD

Sport Officer
NOR ASHIKIN HASSAN
(+60)99762365 • Work

About Unit

Unit Sukan berperanan sebagai penggerak dan penyelaras dalam merancang dan melaksanakan kegiatan sukan untuk pelajar dan staf universiti.  Ini bertujuan untuk mewujudkan dan mengekalkan kecergasan fizikal pelajar selain membentuk sahsiah dan personaliti mantap sebagai seorang mahasiswa.  Melalui program serta aktiviti sukan dan rekreasi yang dirancang, adalah menjadi sasaran Unit Sukan untuk melibatkan seramai 100% warga kampus aktif dalam kegiatan sukan. Unit Sukan turut berperanan untuk meningkatkan imej universiti melalui pencapaian cemerlang dalam bidang sukan. Unit Sukan juga bertanggungjawab mengurus, mengawal dan menyelenggara kemudahan sukan selain berperanan menguruskan stor peralatan sukan.  

Antara kemudahan sukan yang boleh digunakan pelajar adalah Gelanggang Futsal, Gelanggang Bola Jaring, Gelanggang Tenis, Gelanggang Bola Baling, Padang Bola Sepak, Gelanggang Sepak Takraw, Ping Pong, Catur Gelanggang Silat, Gelanggang Taekwondo, Bola Keranjang, Bola Tampar, Outdoor Gymnasium, Laluan Basikal Lasak.  Pelbagai aktiviti utama yang dijalankan oleh Unit Sukan adalah Sukan Kolej , Sukan Antara Fakulti , Bulan Sukan, Kejohanan Dalaman, Karnival Sukan Mahasiswa( KARiSMA), Sukan Staf dan lain-lain kejohanan jemputan, baik di peringkat negeri mahupun kebangsaan. 
OBJECTIVES
Unit Sukan berperanan merancang, melaksana dan mengkoordinasi aktiviti sukan dan rekreasi kampus. Objektif Unit Sukan adalah :
 Menjalinkan jaringan kerjasama dengan organisasi luar
  1. Memperkasakan sukan berteraskan teknologi dikalangan warga UiTM
  2. Menyediakan prasarana sukan yang kondusif dan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan
  3. Menjadi pusat pembangunan dan kecemerlangan sukan
  4. Menjadi hub pakar rujuk sukan
  5. Meningkatkan mobilti sukan di peringkat antarabangsa
  6. Melahirkan pemimpin sukan di kalangan warga UiTM
  7. Melahirkan usahawan berteraskan industri sukan
  8. Membangunkan kesukarelawanan sukan