Program Melangkah Ke Alam Universiti: Menelusuri Cabaran dan Culture Shock

MACHANG, 29 Oktober – Jawatankuasa Perwakilan Kolej Tun Dr. Mahathir telah mengadakan Program Melangkah Ke Alam Universiti: Menelusuri Cabaran dan Culture Shock dengan tetamu jemputan Encik Iddin Ramli, Influencer di Dewan Profesional UiTM Cawangan Kelantan pada 23 Oktober 2023. Program anjuran kolej ini melibatkan seramai 1,200 orang peserta yang terdiri dalam kalangan pelajar UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang. Program berlangsung bermula pada jam 8:00 malam dan berakhir pada jam 11:00 malam.

Matlamat program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada mahasiswa mengenai cabaran-cabaran ketika melangkah ke alam universiti. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk membuka minda mahasiswa bahawa culture shock itu adalah benar dan boleh diatasi dengan cara yang terbaik dan bijak. Di samping itu, ianya juga bertujuan bagi memberikan solusi kepada mahasiswa mengenai perkara yang perlu dilakukan untuk mengatasi culture shock di universiti.

Program ini dihadiri oleh Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTMCK, Cik Ruhayu Nurdin, Penasihat Program, Puan Siti Hajar Che Ya, Staf Residen Kolej TDM, Barisan Staf Residen Kolej (SRK), Saudara Muhammad Amin Naqiuddin Yusman, Presiden Jawatankuasa Perwakilan Kolej TDM dan Saudara Muhammad Luqman Al-Hakim Mohd Roslan, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTMCK.

Program ini mendapat sambutan yang baik dan tumpuan diberikan sepenuhnya oleh peserta sepanjang program dijalankan. Pada program tersebut juga, mahasiswa diberi peluang untuk bertanyakan soalan dan juga boleh mendapatkan tanda tangan Encik Iddin Ramli, Influencer jemputan. Pihak penganjur amat terharu dengan semangat dan komitmen oleh para peserta yang telah diterjemahkan melalui penglibatan dan kehadiran mereka di dalam program ini. Perkongsian oleh Encik Iddin Ramli, Influencer jemputan kepada 1,200 orang peserta telah banyak memberikan pendedahan kepada peserta mengenai kehidupan dan cabaran yang perlu dihadapi di alam universiti.

Penyedia Laporan:
Saudara Muhammad Khairul Fahmi Khairul Anuar
Setiausaha
Program Melangkah Ke Alam Universiti: Menelusuri Cabaran dan Culture Shock