Tawaran adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan SSM yang pendaftarannya masih berkuatkuasa di bawah kod bidang berkenaan bagi menyertai sebut harga berikut:
- CADANGAN PERKHIDMATAN DAN PENYELENGGARAAN SISTEM BEKALAN AIR UNTUK TEMPOH TIGA (3) TAHUN DI UiTM CAWANGAN KELANTAN KAMPUS MACHANG KELANTAN DARUL NAIM (NO. SEBUT HARGA: UITM/KN/SH/04/23)
Dokumen Meja Sebut Harga mula dipamer pada 19/03/2023 (Ahad) di Pejabat Bendahari, Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan 18500 Machang, Negeri Kelantan Darul Naim pada waktu pejabat Ahad - Rabu 8:15 pagi – 4:45 petang dan Khamis 8:15 pagi - 3:00 petang.
Taklimat dan Lawatan Tapak akan diadakan pada 21/03/2023 (Selasa) jam 10:00 pagi di Bilik Mesyuarat Pejabat Pengurusan Fasiliti, Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan 18500 Machang, Negeri Kelantan Darul Naim.
Tawaran Sebut Harga akan ditutup pada 02/04/2023 jam 12:00 tengah hari.