PANDEMIK COVID-19 merupakan ujian buat manusia termasuk juga umat Islam. Sebagai orang Islam kita seharusnya yakin bahawa wabak ini adalah sebagai salah satu bentuk ujian ALLAH SWT untuk menjadikan hambaNya, insan yang beriman.
Selain itu selaku hamba yang beriman mestilah meyakini bahawa ianya juga bagi menghapus dosa manusia. Ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Tidaklah seorang muslim ditimpa suatu keletihan dan penyakit (yang terus menimpa), kerisauan dan kesedihan, gangguan dan kesusahan bahkan duri yang melukainya, melainkan ALLAH akan menghapus dosa-dosanya”. (HR al-Bukhari).
Di sini jelas menunjukkan betapa pemurahnya ALLAH SWT apabila seseorang ditimpa musibah walaupun hanya sekadar tertusuk duri, ianya untuk menghapus dosa individu tersebut.
Justeru, ia sepatutnya dilihat secara positif iaitu semua ujian dalam kehidupan termasuk juga bagi pesakit COVID-19 ini adalah sebagai penghapus dosa.
Artikel penuh: