Murid SK Pendok sertai Karnival STEM

DUA murid dari Sekolah Kebangsan (SK) Pendok, Jeli, tidak dapat menyembunyikan keterujaannya apabila terpilih mewakili sekolah ke Karnival STEM Generasi Madani anjuran Unit Pembangunan Bakat Murid (UPBM) Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan baru-baru ini.

Karnival yang berlangsung selama dua hari itu diadakan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kelantan Kampus Machang, menghimpunkan penyertaan sekolah rendah dan menengah seluruh negeri bagi menyertai Water Rocket Challenge, sebuah pertandingan berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Artikel Penuh: Murid SK Pendok sertai Karnival STEM