TANAH MERAH, 13 Mei (Bernama) -- Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kelantan komited untuk memastikan hak pendidikan berkualiti dapat dinikmati oleh setiap individu terutamanya generasi muda yang berpotensi.
Rektornya Prof Dr Mohd Afandi Mat Rani berkata selain membimbing pelajar mencapai cita-cita dalam bidang akademik yang diceburi, pendidikan juga sebenarnya dapat mengukuh mobiliti sosial melalui peluang pembelajaran yang inklusif serta wahana transformasi diri dan komuniti.
Artikel Penuh: UiTM Kelantan Komited Pastikan Hak Pendidikan Berkualiti Dapat Dinikmati Generasi Muda
© 2025 BERNAMA