BARU-BARU ini timbul isu persempadanan semula kawasan Parlimen dengan cadangan penambahan kerusi Parlimen berikutan pertambahan penduduk di negara ini. Sebenarnya kaedah persempadanan semula bagi kawasan Parlimen adalah mengikut sistem Westminster yang tidak membahagi kawasan mengikut jumlah pengundi tetapi mengambil kira saiz sesuatu kawasan pilihan raya yang telah diamalkan sejak dulu.
Cadangan ini perlu dilihat dari segi aspek pasaran politik kerana kepolitikan negara hari ini tidak sama lagi dengan situasi sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu. Ini disebabkan kemasukan era pendigitalan menyebabkan politik tidak lagi dilihat sebagai satu kuasa yang muktamad dalam sistem pemerintahan demokrasi negara ini.
Artikel Penuh: