Kuala Lumpur: Minat berhias, melabur barang atau perhiasan emas membuatkan kerjaya bidang berkaitan turut menjadi kerjaya tumpuan serta mendapat permintaan tinggi dalam pasaran pekerjaan. Pensyarah Kanan, Jabatan Seni Reka Logam Halus, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kelantan, Rozita Shamsuddin, berkata barang kemas atau perhiasan diri diperbuat daripada bahan berharga seperti perak dan emas adalah seni warisan masyarakat Melayu. Katanya, logam itu digunakan sebilangan masyarakat sebagai cagaran hidup untuk menghimpun harta, selain sebagai perhiasan diri kalangan wanita.
Artikel Penuh: