SERAMAI 64 peserta terdiri daripada mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kelantan, Terengganu dan Pahang menyertai Ekspedisi Kayak Merdeka 66 UiTM Pantai Timur di Pulau Kekabu, Marang. Mereka berkayak dari Pulau Kekabu ke Pulau Kapas sejauh enam kilometer bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan, 31 Ogos ini. Sambutan Hari Kebangsaan bertemakan Tekad Perpaduan Penuhi Harapan dan tema itu selari dengan tekad dan komitmen kerajaan untuk membangunkan sebuah negara dengan rakyatnya yang bersatu padu, memiliki semangat perpaduan tinggi serta hidup dalam keadaan aman dan sejahtera.
Artikel Penuh: