Tahniah!!! Dr. Noraini Junoh, Puan Zanirah Mustafa @ Busu dan Dr. Ahmad Murshidi Mustapha, Penerima Geran Penyelidikan MyRA Lepasan Ph.D. (GPM-LPhD)

MACHANG, 23 Januari - Tahniah diucapkan kepada Dr. Noraini Junoh, Puan Zanirah Mustafa @ Busu dan Dr. Ahmad Murshidi Mustapha atas Penerimaan Geran Penyelidikan MyRA Lepasan Ph.D. (GPM-LPhD) bernilai RM10,000.00 bagi penyelidikan bertajuk Indeks Kebahagiaan Shah Wali Allah Al Dihlawi Analisis Kadar Kebahagiaan Ahli Akademik Dalam Budaya Kerja Mampan Era Pandemik COVID-19.