Rangkulan Emas dan Video Persembahan Terbaik di RISTEx 2021

Malaysia Productivity Corporation (MPC) telah menganjurkan Regional Innovation Showcase on Team Excellence (RISTEx) 2021 pada 8-9 September 2021 di peringkat keseluruhan wilayah iaitu Wilayah Pantai Timur, Wilayah Utara, Wilayah Selatan, Wilayah Sabah & Sarawak serta Ibu Pejabat MPC.

Majlis Perasmian Penutupan dan Penganugerahan RISTEx 2021 telah diadakan pada 21 September 2021, di mana sebanyak 196 kumpulan berjaya merangkul Penarafan Emas dan 6 kumpulan berjaya memperolehi Penarafan Perak. Sejumlah 44 penyertaan adalah dari Wilayah Pantai Timur. Dari jumlah tersebut, tiga (3) kumpulan KIK dari UiTM Cawangan Kelantan telah berjaya merangkul Emas. Kumpulan yang terlibat adalah IM-Vative, iDIMENSI, dan Information Science Team (IST). Ketiga-tiga kumpulan tersebut telah menunjukkan prestasi yang cemerlang di mana turut merangkul Emas di Konvensyen KIK UiTM Zon Timur 2021 sebelum ini.

Selain itu, Kumpulan IM-Vative turut mendapat Anugerah Persembahan Video Terbaik. Keputusan penuh RISTEx 2021 boleh diakses di laman web MPC di pautan berikut: https://www.mpc.gov.my/team-excellence-convention/