Emas Bersinar di Konvensyen KIK Zon Timur 2021

MACHANG, 9 September - Buat julung kalinya, Konvensyen KIK Zon Timur 2021 diadakan secara maya dan UiTM Cawangan Kelantan telah dilantik selaku tuan rumah konvensyen oleh Institut Kualiti & Pengembangan Ilmu (InQKA), Universiti Teknologi MARA (UiTM). Konvensyen yang berlangsung selama dua (2) hari, iaitu 1 – 2 September 2021 telah menyaksikan empat (4) kumpulan yang bertanding menunjukkan prestasi cemerlang di mana kesemuanya mendapat Penarafan Emas bagi projek yang dipertandingkan. Kumpulan yang bertanding adalah I-Dimensi (ACIS, UiTM Cawangan Kelantan), IM-Vative (UiTM Cawangan Kelantan), Information Science Team (UiTM Cawangan Kelantan) dan MIM UiTM PAHANG (UiTM Cawangan Pahang). MIM UiTM PAHANG telah dinobatkan sebagai Johan, diikuti IM-Vative dinobatkan sebagai Naib Johan, dan I-Dimensi dinobatkan di tempat KetigaInformation Science Team (IST) yang merupakan kumpulan baharu turut tidak ketinggalan membuktikan potensi mereka dengan merangkul Anugerah KIK Berpotensi.

Penganjuran konvensyen telah menggunakan platform Webex, manakala Majlis Perasmian Penutupan telah disiarkan secara langsung melalui YouTube Rasmi UiTM Cawangan Kelantan. Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Profesor Datin Dr. Suzana Sulaiman, Penolong Naib Canselor Institut Kualiti & Pengembangan Ilmu (InQKA). Tema Konvensyen KIK UiTM tahun ini adalah "Kualiti dan Inovasi Melestari Sinergi dan Kecemerlangan Universiti". Diharapkan projek inovasi dan kreativiti yang dihasilkan daripada cetusan idea warga UiTM dapat menyumbang kepada kecemerlangan universiti melalui penambahbaikan berterusan.