Tahniah!!! Encik Mohd Saipuddin Mohd Hasbullah, Pemenang Reka Cipta Logo Kelantan United FC

Kota Bharu, 8 Januari - Tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Saipuddin Mohd Hasbullah, Pensyarah Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) atas penganugerahan sebagai Pemenang Reka Cipta Logo Kelantan United FC. Hadiah kemenangan disampaikan Ketua Pegawai Operasi (COO), Encik Wan Mohd Zul Ikman di pejabat urusan Kelantan United FC di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu.

Logo ciptaan Mohd Saipuddin baru sahaja dilancarkan pihak kelab dan akan digunakan Kelantan United FC untuk jersi Liga Super Malaysia, Liga Simpanan (B-23), Piala Presiden (B-20) musim 2023 serta semua barangan rasmi yang akan dikeluarkan dibawah jenama KUFC.

Pertandingan mencipta logo ini telah diadakan pada bulan September 2021 dan telah menerima penyertaan dari pereka grafik di seluruh negara.

Tahniah dan syabas.