Tahniah!!! Anugerah Pemerkasaan Penggunaan Koleksi Digital UiTM Cawangan Kelantan

MACHANG, 27 Disember - Berikut merupakan senarai pemenang bagi Anugerah Pemerkasaan Penggunaan Koleksi Digital UiTM Cawangan Kelantan bagi tahun 2022. Anugerah ini dikira melalui data penggunaan koleksi digital yang diambil daripada Executive Information System (EIS) bagi tahun 2022.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan hadiah wang tunai akan dikreditkan ke dalam akaun bank Ketua Pusat Pengajian (KPP) Fakulti. Pihak PTA ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua dan semoga terus menyokong kami bagi program-program yang akan dianjurkan pada masa akan datang. Segala usaha dan sokongan daripada semua amatlah kami hargai.