PERMOHONAN WAAD KEPADA KAKITANGAN UiTM CAWANGAN KELANTAN TELAH DIBUKA
Assalamualaikum dan semoga tuan/puan pembayar zakat berada dalam rahmat Allah hendaknya.
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Unit Zakat, Wakaf & Sedekah UiTM Cawangan Kelantan telah mendapatkan kebenaran daripada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) untuk mengurus dan mengagihkan dana wang agihan zakat kepada warga UiTM Cawangan Kelantan. Dana wang agihan zakat ini adalah bersumberkan daripada bayaran zakat staf UiTM Cawangan Kelantan melalui potongan gaji sahaja.
Langkah permohonan WAAD UiTM Cawangan Kelantan:
1. Mengisi borang WAAD 2023, tuan/puan boleh muat turun borang di sini.
2. Setelah mengisi borang permohonan tuan/puan perlu muat naik borang ini di pautan ini.
Tarikh akhir permohonan WAAD pada 18 Mei 2023, baki yang tidak memohon akan terus disalurkan kepada tabung agihan Zakat Am.
Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Dr. Mohd Miqdad Aswad bin Ahmad di talian 0196072973.