MACHANG, 13 Februari - Bilik OKU Kolej Tunku Abdul Rahman (TAR) akan beroperasi bermula sesi Mac 2023. Kemudahan ini menggunakan sepenuhnya peruntukan dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan sumbangan Unit Perkhidmatan OKU UiTM. Bilik berkapasiti untuk 4 orang pelajar OKU ini dinaiktaraf bagi memenuhi keperluan semasa pelajar OKU di Kolej Tunku Abdul Rahman dan seterusnya melengkapkan kemudahan bilik OKU di semua kolej kediaman UiTM Cawangan Kelantan.
Penyedia Laporan,
Encik Mohd Azrul Sidek
Penolong Pendaftar Kanan
Bahagian Hal Ehwal Pelajar