MACHANG, 11 Oktober – Satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) dan Universiti Teknologi Mara Cawangan Kelantan telah berjaya dimeterai pada hari Isnin, 3 Oktober 2022. Memorandum ini bertujuan untuk membentuk kerjasama yang dapat membawa banyak manfaat kepada kedua – dua belah pihak, bukan hanya pada akademik, malah dari segi adab dan juga kerohanian.
Memorandum perjanjian ini telah ditandatangani oleh Rektor UiTM Cawangan Kelantan, Prof. Dr. Haji Abdol Samad Nawi dan Pengarah EQ Resources iaitu Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman serta disaksikan oleh Dr. Nik Kamaruzaman Haji Abdul Latif, Ketua Eksekutif dan Dr. Syerina Azlin Md Nasir. Turut sama hadir di dalam majlis ini adalah Timbalan Ketua Eksekutif, Dr. Asri bin Yusoff yang merupakan mantan pensyarah di UiTM Cawangan Kelantan dan Penolong Rektor Kampus Kota Bharu, Ts. Dr. Khalid Abdul Wahid.
Rektor UiTM Cawangan Kelantan, Prof. Dr. Haji Abdol Samad Nawi, menyatakan di dalam ucapan kata aluan bahawa beliau mengharapkan untuk bekerjasama bagi menerapkan ilmu peradaban dan kerohanian supaya dapat melahirkan mahasiswa yang lebih cemerlang bukan sahaja dalam pendidikan, malah dalam adab dan kerohanian juga.
Penyedia Laporan:
Dr. Mariam Setapa
Pensyarah Kanan
Fakulti Pengurusan dan Perniagaan