Forum Pelaburan di Usia Muda

MACHANG, 22 Ogos - Persatuan D’Banquers dan Persatuan Intellectual Dynamic Business Society (INDYBS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan telah berjaya menganjurkan forum bertajuk Pelaburan di Usia Muda secara dalam talian menerusi platform Cisco Webex dan YouTube D'Banquers pada 7 Julai 2022. Usaha sama kedua-dua persatuan ini menjemput Kapten Syaharome bin Sameon dari AirAsia Bhd. untuk berkongsi panduan pelaburan secara praktikal dan mudah untuk mahasiswa dan golongan muda mulakan.

Moderator terdiri penasihat D'Banquers untuk mengupas strategi dan kaedah dalam membuat pelaburan yang efektif dan mudah dimulakan. Juga dibincangkan perbezaan instrumen pelaburan secara praktikal agar golongan pelajar mampu membuat keputusan yang rasional dan mampu meraih keuntungan apabila memulakan pelaburan kelak.

Hasilnya, forum ini meningkatkan pendedahan pelajar dan orang ramai dalam bidang pelaburan dan melatih minda peserta menjadi seorang yang berjaya dan bijak dalam melakukan pelaburan. Kapten Syaharome bin Sameon juga memberi kaedah dalam membina keyakinan diri kepada peserta untuk berkomunikasi dengan khalayak ramai, beliau yang berpengalaman dalam bidang pelaburan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar untuk menerajui bidang pelaburan sehingga berjaya.

Forum ini diharapkan dapat melahirkan seseorang yang mempunyai daya fikiran yang baik dan berwawasan serta meningkatkan kompentensi mahasiswa dalam bidang pelaburan.

Penyedia Laporan:
En. Putra Faizurrahman Zahid
Penasihat 1 Persatuan D’Banquers UiTM Cawangan Kelantan