MACHANG, 21 Ogos - Audit Lokasi IQA02 bagi program Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian) atau Bachelor of Information Technology (Hons.), CS240 telah berlangsung secara maya dengan melalui aplikasi Zoom pada 18 Julai. Ianya telah melibatkan pihak pengurusan UiTM Cawangan Kelantan, Fakulti Sains Komputer dan Matematik, wakil-wakil pensyarah UiTM Cawangan Kelantan, wakil-wakil pelajar CS240, wakil-wakil Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Kelantan serta pihak Unit Internal Quality Assurance Unit (IQA), Universiti Teknologi MARA.
Program ini dimulakan dengan sesi bersama pihak pengurusan UiTM Cawangan Kelantan diikuti dengan sesi bersama para pensyarah dan seterusnya para pelajar. Berkat kerjasama daripada semua warga, audit lokasi IQA02 CS240 ini telah berlangsung selama dua hari dengan jayanya.
Penyedia Laporan:
Ts. Dr. Noorihan Abdul Rahman,
Koordinator Program CS240,
Fakulti Sains Komputer dan Matematik