MACHANG, 17 April – Staf Residen Kolej UiTM Cawangan Kelantan telah berjaya mengadakan Majlis Iftar Ramadan Pelajar Kolej Kediaman bersama Prof. Madya Dr. Zulkifli Mohamed, Menjalankan Tugas Rektor UiTMCK. Majlis tersebut dimulakan dengan sesi sembang santai bersama pelajar, bacaan yasin, berbuka puasa, dan solat tarawih bersama-sama pelajar yang berada di kolej kediaman.
Majlis ini berlangsung di Kolej Kediaman Dato’ Onn (Siswi) pada 12 April dan 14 April di Kolej Kediaman Tun Dr. Mahathir (Siswa). Turut serta Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Ts. Dr. Khalid Abdul Wahid, Staf Residen Kolej dan Unit Pengurusan Kolej UiTMCK. Prof. Madya Dr. Zulkifli Mohamed dan Ts. Dr. Khalid Abdul Wahid juga mengambil peluang melihat keadaan persekitaran kolej kediaman pelajar.