Bengkel Pemurnian Perancangan Strategik UiTMCK 2022

MACHANG, 14 Mac - Unit Transformasi Universiti (UTU) telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Perancangan Strategik bagi tahun 2022 (UiTMCK2022) pada 9 Mac yang lalu bagi menyemak dan memurnikan perancangan.

Aturcara majlis bermula dengan kata-kata aluan oleh Prof Madya Dr. Zulkifli Mohamed, Menjalankan Tugas Rektor UiTM Cawangan Kelantan. Seterusnya taklimat perancangan tahun 2022 dan taklimat bengkel diteruskan oleh Penyelaras Strategik & Transformasi Universiti (PSTU). Terdapat sepuluh pembentangan daripada PEMILIK UiTMCK yang diberi slot masa khusus bagi perancangan dan perbincangan bersama PELAKSANA UiTMCK.