Sesi Pelepasan Pasukan Misi Bantuan Banjir UiTM Cawangan Kelantan

MACHANG, 22 Disember - Sesi Pelepasan Pasukan Sukarelawan oleh YBrs. Profesor Madya Dr. Zulkifli Mohamed, Menjalankan Tugas Rektor UiTM Cawangan Kelantan ke UiTM Shah Alam bagi menjalankan misi membantu mereka yang terjejas akibat banjir yang berlaku.

Seramai 50 orang Sukarelawan yang terdiri daripada staf dan pelajar terlibat dalam misi ini yang diketuai oleh Timbalan Pendaftar, En. Hishamudin Mohamad Twontawi. Semoga perjalanan mereka selamat dan dilindungi oleh Allah SWT.

Teruskan menyumbang ke Tabung Bencana UiTM Cawangan Kelantan.
Nama Bank: BANK ISLAM
No Akaun: 03045010004053
Nama Akaun: UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (KAMPUS MACHANG-AKAUN AMANAH)
Sumbangan anda amat kami hargai.