Tiga (3) Kumpulan KIK UiTM Cawangan Kelantan Cemerlang Di Konvensyen ArISe 2021

MACHANG, 2 Disember – Tiga (3) kumpulan dari UiTM Cawangan Kelantan; IM-Vative, Information Science Team (IST) dan I-DIMENSI telah mendapat Anugerah Penarafan Emas 5 Bintang dan dinobatkan sebagai 19 Kumpulan Terbaik Sektor Awam Persekutuan di Annual Productivity and Innovation Showcase 2021 (ArISe 2021) yang telah berlangsung pada 15 – 18 November 2021 secara dalam talian. ArISe 2021 merupakan Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan yang dianjurkan oleh Malaysia Productivity Corporation (MPC) sebagai platform untuk organisasi mempamerkan projek inovasi dan amalan terbaik oleh organisasi masing-masing. Terdahulu, ketiga-tiga kumpulan tersebut turut mendapat Penarafan Emas di Regional Innovation Showcase on Team Excellence 2021 (RISTEx 2021) iaitu di Konvensyen Team Excellence Peringkat Wilayah yang telah diadakan pada 8 - 9 September 2021 dan melayakkan kumpulan-kumpulan tersebut bertanding ke peringkat kebangsaan.

Anugerah dan pengiktirafan yang diperoleh telah disampaikan melalui Majlis Perasmian Penutupan & Penganugerahan ArISe 2021 yang telah berlangsung pada 2 Disember 2021. Majlis tersebut disiarkan secara langsung melalui Platform Zoom dan Facebook Rasmi MPC yang boleh diakses melalui pautan: https://www.facebook.com/MPCHQ/videos/1246384102522597.

 

Berikut merupakan pencapaian bagi ketiga-tiga kumpulan KIK dari UiTM Cawangan Kelantan:

 

IM-Vative

  • 19 Kumpulan Terbaik Sektor Awam Persekutuan
  • Anugerah Penarafan Emas 5 Bintang
  • Anugerah Video Popular
  • Mohd Zafian Mohd Zawawi - Productivity Champion

Information Science Team (IST)

  • 19 Kumpulan Terbaik Sektor Awam Persekutuan
  • Anugerah Penarafan Emas 5 Bintang

 

I-DIMENSI

  • 19 Kumpulan Terbaik Sektor Awam Persekutuan
  • Anugerah Penarafan Emas 5 Bintang

 

IM-Vative, I-DIMENSI, dan IST mendapat Anugerah Penarafan Emas 5 Bintang

 

IM-Vative, I-DIMENSI, dan IST dinobatkan sebagai 19 Kumpulan Terbaik Sektor Awam (Persekutuan)

Pihak pengurusan dan seluruh warga UiTM Cawangan Kelantan mengucapkan tahniah atas kejayaan cemerlang kepada semua pasukan kerana mengharumkan nama UiTM Cawangan Kelantan di peringkat kebangsaan.

Sekalung penghargaan dirakamkan buat Pihak Pengurusan UiTM Cawangan Kelantan atas sokongan berterusan terhadap usaha inovasi dan kreativiti oleh warga UiTM Cawangan Kelantan.