UiTM & MPKB Kekalkan Gaya Hidup Sihat Dalam Sukan Muhibbah

Machang, 22 November - Kejohanan Sukan Muhibbah antara UiTM Cawangan Kelantan dan MPKB-BRI telah berjaya diadakan pada 18 Nov lalu. Program yang bertujuan mengeratkan hubungan di antara UiTM Cawangan Kelantan dan MPKB-BRI ini merupakan penganjuran buat kali ke-3. Penganjuran kejohanan ini merupakan satu program sukan yang mendukung usaha untuk mengeratkan silaturahim serta mengalakkan warga UiTM dan MPKB untuk bersenam dan kekal sihat ke arah meningkatkan kualiti kehidupan.

Prof. Madya Dr. Zulkifli Mohamed, yang Menjalankan Tugas Rektor UiTM Cawangan Kelantan dalam ucapannya berkata, dengan penganjuran program ini, pihaknya yakin hubungan antara UiTM Cawangan Kelantan dan MPKB akan terus berkembang dan mewujudkan pelbagai bentuk kerjasama sedia-ada dan baharu di antara kedua-dua pihak di masa akan datang.

Program bermula pada jam 8.00 pagi hingga 1.30 petang bertempat di UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang ini telah dihadiri seramai 92 orang pemain. Turut hadir dalam program tersebut adalah Setiausaha MPKB-BRI En. Mohd Shaifudeen Md Salleh.

Sebanyak lima (5) permainan dipertandingan iaitu badminton, ping pong, bola tampar, tenis dan karom. Program ini turut ditaja oleh McDonald’s Kota Bharu.

#SukanMuhibbah

#UiTM-MPKB

#UiTMCawanganKelantan