KOTA BHARU, 21 Mei - Program Santun Pelajar Mekdi ini merupakan program inisiatif kebajikan oleh McDonald's Malaysia yang menawarkan baucer makanan percuma seperti set Nasi Ayam Mekdi kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang tidak berkemampuan. UiTM Kampus Kota Bharu adalah antara yang terpilih menjadi pelaksana program ini.
Program bermula daripada bulan April sehingga Disember 2026 dan baucer akan dihantar pada setiap bulan. Pelajar boleh menebus baucer tersebut pada setiap hari Selasa dan Khamis bermula jam 3.00 petang hingga 8.00 malam di McD Troika Kota Bharu. Jumlah baucer adalah 200 keping pada setiap Selasa dan Khamis.
Seramai lebih kurang 1,200 orang pelajar UiTM Kampus Kota Bharu telah menerima manfaat melalui program kebajikan ini. Agihan baucer telah dilaksanakan dengan bantuan Jawatankuasa Perwakilan Non Residen (JPNR KB) dan Persatuan City Campus Representative (CCR) bertempat di Dewan DHS, Pusat Pelajar dan Pejabat Am HEP Kampus Kota Bharu.
Penyedia Laporan:
Cik Che Surmaiza Yaacob
Pegawai Eksekutif Kanan
UiTM Kampus Kota Bharu

