'#DisconnectToReconnect: Back to Real Life'

'#DisconnectToReconnect: Back to Real Life'

KOTA BHARU, 6 Januari - Kempen ceramah dalam talian bertajuk #DisconnectToReconnect: Back to Real Life – The Reality of Social Media Addiction telah dianjurkan oleh pelajar kursus MKT635, Ethics and Sustainable Marketing, UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Kota Bharu pada 4 Januari 2026 melalui platform Google Meet. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar universiti mengenai isu ketagihan media sosial serta kesan negatifnya terhadap kesihatan mental, emosi, produktiviti dan hubungan sosial dunia sebenar akibat penggunaan media sosial yang tidak terkawal.

Melalui sesi ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan yang berpengalaman dalam bidang psikologi iaitu Encik Muhammad Audi Nabil Mat Isa, seorang digital creator di syarikat Business Synergy. Melalui program ini, peserta didedahkan dengan kepentingan pengurusan masa skrin, amalan penggunaan media sosial secara berhemah dan konsep keseimbangan digital. Program ini turut menggalakkan amalan digital detox serta memupuk kesedaran untuk mengutamakan interaksi sosial luar talian bagi membentuk generasi muda yang lebih seimbang, sihat dan lestari selaras dengan objektif pemasaran mampan.

Penyedia Laporan:
Saudari Nurul A'in Mohd Khairunnizam
Pengarah Program
#DisconnectToReconnect: Back to Real Life – The Reality of Social Media Addiction