MACHANG, 5 November - Program Find Your Treasure: Hunt or Die dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej Tun Hussein Onn, UiTM Cawangan Kelantan dan akan berlangsung pada 1 November 2025 bertempat di Medan Ilmu dengan penyertaan seramai 100 orang mahasiswa UiTM Cawangan Kelantan.
Program ini merupakan sebuah inisiatif bercorak cabaran fizikal dan mental yang bertujuan menguji daya tahan, kepintaran serta semangat kerjasama dalam kalangan mahasiswa. Elemen strategi, eksplorasi dan persaingan diterapkan melalui pelbagai tugasan serta teka-teki yang memerlukan pemikiran kritikal dan tindakan pantas.
Selain itu, program ini turut menekankan nilai kepimpinan, pengurusan tekanan serta pembentukan jati diri peserta melalui konsep pencarian dan survival yang mendorong keberanian, tindakan spontan dan peningkatan keyakinan diri.
Penyedia Laporan:
Saudari Siti Nur Fataizani Abdullah
Pengarah Program
Find Your Treasure: Hunt or Die

