KOTA BHARU, 21 Disember - Kelab Keusahawanan UiTM Kota Bharu (ECKB) telah menganjurkan Talk with Business Owner 1.0 pada 17 Disember 2025 bertempat di Dewan Latihan, UiTM Kota Bharu.
Program ini telah disertai oleh 70 orang mahasiswa dari Fakulti Pengurusan Perniagaan. Program ini turut dirasmikan oleh Dr. Tg Liyana Tengku Mohamed Fauzi selaku Penasihat Program.
Dengan pendedahan dan ilmu yang disampaikan oleh Penceramah, Dr. Rahimie Sayutti dari Primer Cherang, serta Saudara Muhammad Iqbal Mohd Asri yang merupakan MyNext Campus Ambassador, para peserta dapat memahami dengan lebih mendalam tentang “Heart & Soul of Usahawan”.
Perkongsian ini membuka mata mahasiswa terhadap cabaran, onak duri, dan dugaan sebenar yang perlu ditempuh sebelum bergelar usahawan berjaya. Diharapkan program ini menjadi titik permulaan mahasiswa melahirkan sıfat keusahawanan dalam diri masing-masing.
Penyedia Laporan:
Saudara Muhammad Arif Tahir
Timbalan Presiden
Kelab Keusahawanan
Merangkap Pengarah Program

