PASIR MAS, 18 Disember - Para pelajar Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Perniagaan telah menganjurkan program Google Tools for Future di Sekolah Kebangsaan Bukit Jarum, Pasir Mas pada 18 November 2025. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada murid sekolah terhadap penggunaan teknologi digital dalam pembelajaran seiring dengan keperluan pendidikan masa kini. Sepanjang program berlangsung, para peserta didedahkan dengan kaedah pembelajaran interaktif yang menggalakkan penglibatan aktif, pemikiran kreatif serta pembelajaran kendiri menggunakan platform digital.
Melalui program Google Tools for Future ini, murid-murid diperkenalkan kepada pelbagai alat pembelajaran digital Google seperti Google Docs, Google Slides, Google Forms dan Google Classroom yang dapat membantu mereka menyiapkan tugasan, berkolaborasi secara berkesan serta mengurus pembelajaran dengan lebih sistematik. Penganjuran program ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran asas teknologi maklumat dalam kalangan murid, malah turut menyokong usaha melahirkan generasi celik digital yang berdaya saing, selaras dengan perkembangan pendidikan abad ke-21 dan keperluan pembelajaran masa hadapan.
Penyedia Laporan:
Encik Nik Mohd Faris Nik Min
Penasihat Program
Google Tools for Future

