MACHANG, 2 Julai – UiTM Cawangan Kelantan melalui Pusat Jaringan Industri dan Alumni dengan kerjasama Persatuan Alumni UiTM Kelantan (PAUK) telah meneruskan lagi usaha menyantuni pelajar B40 yang terpilih dari pelbagai fakulti di UiTM Cawangan Kelantan sebagai penerima sumbangan Fasa 2. Usaha ini dilakukan bagi memastikan para pelajar B40 UiTMCK tidak terpinggir dalam menjalani pembelajaran secara ‘Online Distance Learning’ (ODL) akibat penularan wabak COVID-19 di seluruh negara pada masa ini.
Fasa 2 menyaksikan kejayaan PJIA UiTMCK dan PAUK berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM11,100.00 hasil sumbangan daripada pelbagai pihak terutamanya pihak PAUK. Kutipan sumbangan Fasa 1 yang telah berlangsung pada April-Jun 2021 masih dijalankan dan diteruskan lagi pada Jun-Julai 2021. Kutipan ini akan terus berlangsung sehingga Disember 2021. PJIA UiTMCK juga berbesar hati apabila turut menerima sumbangan dua (2) buah komputer riba daripada Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) yang disampaikan melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTMCK. Jumlah sumbangan keseluruhan Fasa 2 dianggarkan sebanyak RM16,000.00. Bantuan ini telah dapat dimanfaatkan kepada 12 orang pelajar. Sehingga kini, jumlah sumbangan terkumpul adalah sebanyak RM35,115.78.00 dan berjaya disumbangkan kepada 30 orang pelajar.
Penyerahan ini telah berjaya dilakukan dengan mengamalkan prosedur operasi standard yang ketat dan mengambil kira keperluan pelajar B40 yang amat mendesak untuk menghadapi sesi pembelajaran secara atas talian.
UiTMCK menzahirkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada para penyumbang atas inisiatif ini. Semoga dengan adanya bantuan ini dapat membantu meringankan beban para pelajar kumpulan B40 ini di samping dapat memberi semangat kepada para pelajar dalam menghadapi pembelajaran di era ini. UiTMCK akan terus berusaha membantu dan membuat kutipan sumbangan Fasa 3 pada masa akan datang bagi membantu lebih ramai pelajar yang memerlukan. Untuk itu, sumbangan daripada orang ramai amat dialu-alukan bagi menjayakan penyerahan Fasa 3 kelak.
Sumbangan tunai boleh disalurkan melalui Bank Islam UiTM Cawangan Kelantan di nombor akaun 03045010004053
Kumpulan Wang Amanah UiTM Kelantan (Rujukan: Laptop).
Maklumat pindahan tunai boleh dimasukkan ke pautan berikut untuk penyediaan surat penghargaan dan penyediaan resit rasmi pengecualian cukai: https://forms.gle/x48kixrTLvJALzQe7
#PJIA
#PJIAICANUiTMCK
#PejabatAlumniNetworkCentre
#ICANPrihatin2021
#PAUK #ALUMNI
#uitmdihatiku
#UiTMCawanganKelantan