Malam Kesatria UiTMCK: Meneroka Ilmu Pertahanan Diri Demi Keselamatan dan Keyakinan Diri

MACHANG, 19 Mei – Rektor UiTM Cawangan Kelantan, Profesor Dr. Mohd Afandi Mat Rani, telah meluangkan masa menghadiri program Malam Kesatria: Seni Mempertahankan Diri yang berlangsung di Dewan Dato’ Onn, UiTM Cawangan Kelantan bermula jam 8:00 malam hingga 11:00 malam pada 13 Mei 2025.

Program ini dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada para peserta tentang asas pertahanan diri serta kepentingannya dalam kehidupan harian. Selain memperkenalkan teknik-teknik mudah tetapi berkesan untuk melindungi diri dalam situasi cemas, program ini turut bertujuan membina keyakinan dan keberanian dalam menghadapi ancaman fizikal.

Di samping itu, program ini juga berperanan menyemai kesedaran tentang keselamatan diri dan langkah-langkah pencegahan terhadap potensi bahaya. Akhir sekali, program ini menggalakkan peserta untuk mengamalkan gaya hidup aktif serta membentuk sikap berdisiplin melalui latihan pertahanan diri.

Penyedia Laporan:
Saudara Che Ku Norhazran Haziq Che Ku Azmi
Setiausaha Program
Malam Kesatria