Program Hari Induksi Pelajar Pascasiswazah Baharu bagi Sesi 20252

Program Hari Induksi Pelajar Pascasiswazah Baharu bagi Sesi 20252 telah dilaksanakan secara atas talian melalui platform Google Meet dan dihadiri oleh 20 orang pelajar. Program ini bertujuan untuk memberi maklumat penting bagi membantu pelajar baharu menyesuaikan diri sepanjang pengajian di UiTM. Antara taklimat yang disampaikan termasuk taklimat akademik, taklimat mengenai perpustakaan, dan taklimat kewangan. Diharapkan dengan penganjuran program sebegini, semangat pelajar untuk menjadi sebahagian daripada Warga UiTM akan terus meningkat.

Penulis laporan:

Mohammad Syahrul Ashraff Suhaidi

Pegawai Eksekutif

Pusat Pengajian Siswazah