Majlis Penyerahan Projek Kerjasama Antara Kumpulan Sig Metal Craft Design Group UiTM Cawangan Kelantan Bersama Taman Emas Malaysia

KOTA BHARU, 27 Februari - Pada 14 Februari 2025 (Jumaat), telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Projek hasil kolaborasi antara UiTM Cawangan Kelantan dan Taman Emas Malaysia. Projek ini merupakan hasil pembiayaan Taman Emas Malaysia kepada kumpulan SIG Metal Craft Design Group (Ketua: Encik Mohd Zamani Daud) melalui Geran Industri yang bernilai RM27,547.00.  Hasil pembiayaan tersebut telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya oleh ketua projek Encik Mohd Hakim Mohd Sharif dan telah rasminya tamat dan diserahkan kepada Taman Emas Malaysia. Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Prof. Madya Dr. Mohd Nasir Ismail turut hadir mewakili Prof. Rektor yang tidak dapat hadir dalam majlis tersebut. Majlis yang diadakan di Taman Emas Malaysia, Kota Bharu ini merupakan satu pencapaian bermakna dalam memperkukuh kerjasama akademik dan industri, khususnya dalam bidang reka bentuk logam.

Kerjasama ini melibatkan Kumpulan SIG: Metal Design Group (MDG) UiTMCK, yang telah menyumbang kepakaran mereka dalam menghasilkan rekaan inovatif dan berestetika tinggi. Majlis ini bukan sahaja menjadi platform untuk mempamerkan hasil kerja berkualiti, malah turut membuka ruang untuk pertukaran ilmu antara akademia dan industri.

Tahniah diucapkan kepada kumpulan Sig: Metal Craft Design Group yang terdiri daripada pensyarah Jabatan Seni Reka Logam Halus, Kolej Pengajian Seni Kreatif dan Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM Cawangan Kelantan kerana telah memberi impak yang besar kepada industri melalui geran industri ini. Diharapkan ahli kumpulan SIG terus cemerlang dalam penyelidikan dan semoga hasil daripada usaha bersama ini memberi impak yang besar kepada industri.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek ini! Semoga kolaborasi ini terus memberi manfaat kepada perkembangan seni dan industri logam di Malaysia.

Penyedia Laporan:
Encik Mohd Hakim Mohd Sharif
Ketua Projek
Kolej Pengajian Seni Kreatif
UiTM Cawangan Kelantan