Pertandingan Debat Interkolej 2024

MACHANG, 03 Dis – Jawatankuasa Perwakilan Kolej Tun Dr, Mahathir bersama Kelab Debat dan Pidato UiTM Cawangan Kelantan telah mengadakan Pertandingan Debat Interkolej 2024 yang berlangsung secara atas talian bagi pusingan saringan pada 17 hingga 19 Oktober 2024 manakala pada 22 Oktober 2024 bersiar langsung pusingan akhir. Pertandingan ini dijalankan melalui platform Google Meet, YouTUBE LIVE dan AUD200, UiTM Cawangan Kelantan. Program ini dihadiri dari kalangan Residen Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan seramai 800 orang secara keseluruhan sepanjang tempoh program berlangsung.

Matlamat program ini adalah untuk untuk mempertandingkan wakil-wakil dari kolej dan non residen di UiTM Cawangan Kelantan dalam dua kategori iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan provisyen peserta seramai 96 orang. Program ini dianjurkan secara hybrid selaras dengan kehendak dan keperluan semasa bagi membudayakan lagi kemegahan dan kehebatan pemidato, pendebat dan pembuah idea di kalangan mahasiswa UiTM Cawangan Kelantan.

Penghuni kolej dan non residen menyambut baik dengan memberi kerjasama dan perhatian sepenuhnya sepanjang program dijalankan. Kesannya, pertandingan ini dapat memberikan impak yang positif ke dalam diri setiap mahasiswa dari segi pemikiran kritis serta memberikan pendedahan kepada mereka bagaimana sesebuah arena perdebatan itu dijalankan.

 

Penyedia Laporan:

Muhammad Ammar Haikal Mohd Roslan

Pengarah Program Pertandingan Debat Interkolej 2024 (PDI ’24)