KOTA BHARU, 13 November - Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni UiTM Cawangan Kelantan telah membuat kunjungan susulan ke SME Corp. Kelantan selepas sesi kunjungan ke SME Corp. Malaysia pada 12 September 2024 yang lalu. Tujuan kunjungan adalah bagi memperkukuhkan hubungan dua hala antara Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan dan SME Corp. Kunjungan ini juga merupakan salah satu strategi Research Management Unit (RMU) BPJIA untuk membantu Kumpulan Penyelidikan di kampus ini yang terdiri daripada Kumpulan RIG dan SIG mendapatkan dana penyelidikan dan seterusnya mengembangkan visibiliti mereka di peringkat nasional. Sebanyak 5 projek RIG dan SIG dibentangkan kepada barisan pengurusan SME Corp. Kota Bharu dalam usaha memperkukuhkan hubungan kerjasama ini. Kunjungan ini juga telah membuka peluang kerjasama dalam Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN), Hal Ehwal Pelajar (HEP) serta Pusat Pengajian Siswazah (PPS).
Delegasi kunjungan dari UiTM Cawangan Kelantan telah disambut baik oleh barisan pengurusan SME Corp. Kelantan yang diketuai oleh Encik Nazreen Hamad Dani selaku Pengarah SME Corp. Kelantan, Encik Mohd Roslan Mahammad Rafter, Penolong Pengarah SME Corp. Kelantan serta Encik Mohd Fikri. Manakala delegasi UiTM Cawangan Kelantan adalah terdiri daripada Dr. Norzieha Mustapha selaku Timbalan Rektor Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni (BPJIM&A), Encik Hishamudin Mohamad Twontawi, Timbalan Pendaftar Kanan, Dr. Khalid Abdul Wahid, Penolong Rektor Kampus Kota Bharu, Prof. Madya Dr. Marziana Madah Marzuki, Koordinator Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU), Dr. Nazhatul Sahima Mohd Yusof, Koordinator Unit Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN), Dr. Siti Zulaikha Mustapha, Penyelaras Geran Luar Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU) dan Puan Shalwati Ramli, Penolong Pendaftar Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni (BPJIM&A). Pihak RMU mengharapkan agar kerjasama ini akan menghasilkan impak yang positif bagi kedua-dua pihak dan kekal berterusan pada masa akan datang.
Penyedia Laporan:
Prof. Madya Dr. Marziana Madah Marzuki
Koordinator Research Management Unit
Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni
UiTM Cawangan Kelantan