International Risk Management Competition (IRMC) 2/2024

Program ‘International Risk Management Competition (IRMC) 2/2024’ adalah program yang telah dijalankan hasil kerjasama bersama UiTM Cawangan Kelantan, Malaysia dan Universitas Pembangunan Nasional ''Veteran'' Jawa Timur (UPNVJT) serta Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU), Indonesia. Program ini dianjurkan oleh pelajar Ijazah Sarjana Muda Semester 7 Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan.

Program ini telah berjaya mencapai objektif penganjurannya untuk mempertingkatkan tahap kefahaman tentang konsep, teori dan praktis dalam pengurusan risiko yang merupakan satu subjek pembelajaran di semester 7, program Sarjana Muda Perakaunan (kepujian). Maklumat tersebut disampaikan melalui kaedah yang kreatif iaitu pertandingan role-play dan kuiz.

Program ini telah melibatkan 36 orang AJK yang terdiri daripada pelajar semester 7 Fakulti Perakaunan, beberapa Ahli MemBACC dan beberapa Sekretariat MPP UiTM Cawangan Kelantan. Program yang diadakan pada julung kalinya ini telah disertai oleh 275 orang mahasiswa daripada pelbagai universiti. Sesi perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pusat Pengajian Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Kelantan, Dr. Nik Zam Nik Wan. Program telah berjalan dengan lancar serta mendapat sambutan dan maklum balas yang baik daripada mahasiswa.

Penyedia Laporan:
Saudari Nur Hazirah Mohammed Hadzrul
Setiausaha 2
International Risk Management Competition (IRMC) 2/2024