'Workshop of Curriculum Development' Antara Universitas Islam Sultan Agung (UNISSULA) dan Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan (UiTMCK)

SEMARANG, 14 Julai - Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP) Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan (UiTMCK) yang diketuai oleh Ketua Pusat Pengajian, iaitu Dr. Azmahani Yaacob@Othman telah mengetuai delegasi ke Universitas Islam Sultan Agung (UNISSULA) bagi tujuan menghadiri beberapa acara penting yang telah disepakati antara kedua-dua institusi pengajian ini.

Usai acara menandatangani MoA dan Seminar Antarabangsa, kedua-dua pihak melanjutkan perbincangan di dalam satu lagi acara iaitu Workshop of Curriculum Development bagi membincangkan pembangunan kurikulum kedua-dua pihak. Fokus utama perbincangan ialah Pengajaran Bersama (Collaborative Teaching) bagi program terlibat. Perbincangan dua hala ini memberikan peluang kepada semua peserta untuk menyumbang idea dan cadangan ke arah merealisasikan agenda berkenaan.

Pada akhir sesi perbincangan, kedua-dua pihak bersetuju untuk menyemak keperluan kurikulum masing-masing agar agenda yang direncanakan dapat direalisasikan dalam masa terdekat. Kedua-dua pihak sangat berpuas hati dengan isi kandungan perbincangan dan berharap agar kerjasama yang lebih banyak akan dapat dijayakan pada masa akan datang.

Penyedia Laporan:
Dr. Mariam Setapa
Pengarah Projek
MoA UiTMCK dan UNISSULA
UiTM Cawangan Kelantan