'Maybank Group Scholarship Programme (MGSP) 2024'

KOTA BHARU, 30 Jun - Seramai lapan orang pelajar UiTM Cawangan Kelantan telah terpilih untuk menghadiri sesi temuduga bersama Maybank bagi mendapatkan biasiswa daripada Yayasan Maybank (Maybank Group Scholarship Programme (MGSP) 2024) pada 24 Jun 2024. Program ini bertempat di UiTM Kampus Kota Bharu, Kelantan. Sesi temuduga ini telah diadili oleh tiga orang panel dari Maybank yang diketuai oleh Encik Nur Ridzuan Noor Ahmad. Delegasi dari Maybank telah disambut oleh Ts. Dr. Khalid Abdul Wahid (Penolong Rektor UiTM Kampus Kota Bharu) dan Puan Hazreeni Hamzah (Pensyarah Kanan UiTM Kampus Kota Bharu).

Pelajar terpilih dari UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu adalah seramai empat orang. Dua orang pelajar adalah dari program Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Statistik semester 3 iaitu Saudari Marisa Diyana Mat Desa dan Saudari Nurul Sahira Houd. Manakala dua orang pelajar lagi adalah dari program Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Perniagaan (Kepujian) semester 2 iaitu Saudari Nur Azmeerah Azharudin dan Saudari Siti Aisyah Hadijah Ishak. Pelajar dari UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang pula adalah seramai empat orang. Dua orang pelajar adalah dari program Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) semester 3 iaitu Saudara Muhammad Aswari Mohd Nasir dan Saudari Syamimi Nabila Alias. Manakala seorang pelajar adalah dari program Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) semester 2 ialah Saudari Nur Afiqah Mohd Sakri dan seorang pelajar lagi adalah dari program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Perniagaan (Kepujian) semester 2, Saudara Ilham Haziq Zabidi.

Program ini telah berlangsung dengan lancar dan jaya. Pihak UiTMCK mengucapkan terima kasih dan amat menghargai tawaran biasiswa yang telah diberikan oleh Yayasan Maybank ini. Semoga kesemua pelajar UiTM Cawangan Kelantan yang terlibat dalam temuduga ini mendapat keputusan yang cemerlang dan diterima sebagai pemegang biasiswa daripada Yayasan Maybank.

Penyedia Laporan:
Dr. Nazhatul Sahima Mohd Yusoff
Koordinator ICAN
Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni
UiTM Cawangan Kelantan