'School Attack: Striving Academic Success with Faculty of Accountancy'

MACHANG, 5 Jun - Program ‘School Attack: Striving Academic Success with Faculty of Accountancy’  telah berjaya dianjurkan oleh Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK) bersama-sama rakan kolaborasi terdiri daripada persatuan dalaman dan agensi luar iaitu Members of Bachelor in Accountancy Society (MemBACCs), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hamzah, Machang dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Jajahan Machang. Program ini telah dianjurkan pada 23 Mei 2024 bertempat di SMK Hamzah. Seramai 57 orang pelajar SMK Hamzah, 19 orang fasilitator dari persatuan MemBACCs, 2 orang penasihat persatuan iaitu Puan Suzana San dan Puan Syuhaila Razak dan 7 orang wakil daripada JKM Jajahan Machang telah menyertai program pada kali ini.

Objektif program ini bertujuan untuk memenuhi tanggungjawab sosial universiti dan memantapkan kredibiliti UiTMCK sebagai institusi yang prihatin dan cakna dengan komuniti di sekitar daerah Machang. Selain itu, program sebegini dapat memberi pendedahan mengenai Fakulti Perakaunan dan menggalakkan minat para pelajar untuk meneruskan pengajian di UiTM, seterusnya memilih bidang Perakaunan.

Terdapat pelbagai slot yang menarik telah dijalankan sepanjang program. Slot pertama dimulakan dengan sesi ice breaking, diteruskan dengan slot kedua iaitu Financial Footrace: The Accounting Quest Challenge di mana 2 aktiviti telah dijalankan iaitu Accounting Crossword Puzzle dan Accounting Challenge. Tujuan aktiviti diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama sesama ahli kumpulan dan membantu para peserta untuk mengenal pasti dokumen yang berkaitan dengan sistem Perakaunan.

Slot ketiga diteruskan dengan sesi Pengenalan Fakulti Perakaunan UiTMCK oleh Dr. Nik Zam Nik Wan, Ketua Pusat Pengajian Fakulti Perakaunan UiTMCK. Pada sesi petang pula, program diteruskan dengan slot ceramah yang bertajuk "Perlindungan dan Pencegahan Salah Laku Remaja Masa Kini" yang telah disampaikan oleh Encik Muhamad Zuliandi Illias, Pegawai Pelindung Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Machang.

Akhir sekali, Majlis Perasmian Penutup program ini telah dirasmikan oleh Puan Hajah Norma Hassan iaitu Pengetua SMK Hamzah, Machang. Majlis ini turut dihadiri oleh tetamu kehormat antaranya Dr. Nik Zam Nik Wan, Encik Muhamad Zuliandi Illias serta Encik Muhammad Anuar Yahya, Guru Kanan Teknik dan Vokasional SMK Hamzah. Majlis ini disempurnakan dengan gimik perasmian, sesi penyampaian hadiah cenderamata dan diakhiri dengan sesi bergambar.

Penyedia Laporan:
Saudari Tengku Salwanie Tengku Mara
Setiausaha Program
School Attack: Striving Academic Success with Faculty of Accountancy