Pertandingan Debat Piala Orator 2024

MACHANG, 14 Mei - Pihak Kelab Debat dan Pidato telah menghantar satu kumpulan bagi mewakili Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan ke Pertandingan Debat Piala Orator 2024 anjuran Kolej Kediaman Tun Fuad, Universiti Malaysia Sabah yang telah diadakan pada 18 April 2024 sehingga 21 April 2024. Para pendebat yang mewakili UiTM Cawangan Kelantan telah berjaya mendapat tempat antara 10 terbaik bagi keseluruhan ranking serta dua daripada empat pendebat UiTM Cawangan Kelantan telah berjaya meraih gelaran pendebat terbaik Pertandingan Debat Piala Orator 2024. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pendebat yang telah berusaha sebaik yang mungkin dalam dalam mempersiapkan diri bagi pertandingan ini. Semoga hasil kejayaan ini dapat dijadikan contoh teladan yang baik buat semua mahasiswa UiTM Cawangan Kelantan.

Penyedia Laporan:
Saudari Nurul Amira Aisya Mohd Ramzi
Setiausaha
Kelab Debat dan Pidato