PENGKALAN CHEPA, 30 April - Lawatan mangsa kebakaran di Kampung Baung, Pengkalan Chepa iaitu Saudari Nurul Adlin Asyiqin Zulkifli pada 16 April 2024 telah diadakan dari Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf (UZSW) UiTM Cawangan Kelantan dan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Cawangan Kelantan. Lawatan ini telah memberikan banyak kebaikan kepada mangsa yang juga merupakan pelajar yang belajar di UiTM Cawangan Kelantan. Lawatan ini turut dihadiri oleh Profesor Dr. Haji Abdol Samad Nawi, Rektor UiTMCK, Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTMCK, Dr. Ahmad Murshidi Mustapha, Koordinator Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf. Lawatan ini juga disertai oleh beberapa orang pegawai iaitu Dr. Mohd Nazri Mat Zin, Ketua Pusat Pengajian Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), 5 orang pensyarah dan seorang pelajar latihan industri.
Saudari Nurul Adlin Asyiqin Zulkifli mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Muamalat semester 2 di (ACIS) UiTMCK, merupakan anak kedua daripada tiga beradik manakala kakak sulungnya tidak bekerja kerana menjaga nenek yang sedang sakit dan adiknya pula masih bersekolah menengah di tingkatan empat. Saudari Nurul Adlin Asyiqin merupakan pelajar yang bagus dan sangat menghormati gurunya, dia tetap ingin meneruskan pengajian di UiTM dan berusaha ingin mengubah nasib keluarga dan membantu adik beradiknya. Lawatan ini disertakan dengan penyerahan sumbangan sebanyak RM1,500 daripada Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf (UZSW), pek makanan, kotak pakaian serta sumbangan peribadi pensyarah–pensyarah UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang dan Kampus Kota Bharu. Jawatankuasa Tertinggi Kolej Kediaman bersama Majlis Perwakilan Pelajar UiTMCK juga menjalankan tanggungjawab menjaga kebajikan mahasiswa dengan sama-sama membantu mengumpul sumbangan dan memberikannya kepada mangsa yang ditimpa musibah ini. Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf (UZSW) berharap lawatan seperti ini sebagai tanda keprihatinan dan menjaga kebajikan pelajar oleh pihak pengurusan UiTM Cawangan Kelantan untuk meringankan bebanan mangsa.
Penyedia laporan:
Dr. Mohd Nazri Mat Zin
Ketua Pusat Pengajian
Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)