Program Bakul Ramadan 2024 UiTM Cawangan Kelantan

MACHANG, 4 April - Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf telah menganjurkan Program Bakul Ramadan 2024 pada 3 April 2024. Program ini merupakan rentetan daripada program sebelum ini yang menitikberatkan tentang kelestarian asnaf dalam kalangan pelajar di UiTM Cawangan Kelantan. Antara tujuan Program Bakul Ramadan 2024 kali ini adalah untuk menjalankan siasatan latar belakang dan tanggungan tentang keluarga asnaf serta menyampaikan bantuan Ramadan kepada para asnaf. Bantuan yang disampaikan adalah dalam bentuk barangan keperluan dan juga wang saku bagi meringankan bebanan serta tanggungan keluarga asnaf.  

Program Bakul Ramadan 2024 dihadiri oleh Rektor UiTM Cawangan Kelantan sendiri iaitu Prof. Dr. Haji Abdol Samad Nawi bersama Dr. Ahmad Murshidi Mustapha selaku koordinator Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf UiTM Cawangan Kelantan. Program ini juga disertai oleh beberapa orang pegawai iaitu Dr. Mohd Nazri Mat Zin dan Dr. Mohd Miqdad Aswad Ahmad, Ustazah Nik Muniyati serta  pelajar latihan industri. Penerima bagi program bakul ramadhan ini terdiri daripada empat orang pelajar dari UiTM Cawangan Kelantan. Penerima tersebut ialah Nur Isha Sabila Bt. Mohamed Fairuz, Nur Syazwani Bt. Noor Azmi, Nur Hazirah Bt. Zulkifeli dan Nur Irfa Farisha Bt. Zainuddin.

Penyedia Laporan:
Dr. Ahmad Murshidi Mustapha
Koordinator
Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf UiTM Cawangan Kelantan.