Kunjung Hormat Akademi Pengajian Bahasa (APB) Ke Institut Teknologi Bandung (ITB)

INDONESIA, 26, Mac - Satu kunjungan balas yang diketuai oleh Rektor UiTM Cawangan Kelantan, Profesor  Dr. Abdol Samad Nawi bersama Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Bahasa iaitu Dr. Suryani Awang, Dr Warid Mihat dan Puan Asiah Said ke Fakultas Seni Rupa dan Desain, Institut Teknologi Bandung (ITB), Indonesia. Kunjungan ini telah berlangsung pada 26 Februari 2024. Dimana kehadiran kami telah disambut baik oleh Dekan Fakultas Seni Rupa dan Desain, Dr. Andryanto Rikrik Kusmara, S.Sn. M. Sn., Dr. Nia Kurniasih (ketua Humanities Research Group) Dr. Gumawang Jati dan barisan pensyarah dari Fakultas Bahasa Inggeris FSRD.

Tujuan utama kunjungan ini adalah untuk memurnikan perbincangan yang telah diadakan sebelum ini dalam merangka pelaksanaan program – program yang mendukung Hasrat Globally Renowned University 2025 (GRU2025). Antara perbincangan yang telah dibincangkan adalah  mengenai pertukaran staff akademik, bengkel pendidikan, Collaborative Teaching (CGCT) dan kolaborasi penyelidikan.  Selain daripada itu, Dr. Warid Mihat juga berpeluang berdiskusi bersama tokoh Massive Open Online-Learning Courses (MOOC) yang tidak asing lagi dikalangan warga maya pengajar dan pembelajaran di Indonesia iaitu Dr. Anuncius Gumawang Jati, M.A dari Fakultas Seni Rupa dan Desain.  Peluang yang berharga ini dimurnikan lagi dengan perkongsian di beberapa platform atas talian. Seperti amalan terbaik MOOC dan Microcredential program yang dapat membantu UiTM Cawangan Kelantan dalam menyediakan material yang berkualiti demi mendepani cabaran dan penyelesaian pembelajaran digital dikalangan mahasiswa dan komuniti.

Selain daripada itu, Dekan Fakultas Seni Rupa dan Desain juga berkongsi hasrat dan harapan untuk berkolaborasi bukan sahaja dari sudut akademik, malah beliau juga menitikberatkan akan perihal kualiti pembangunan modal insan kakitangan dan mahasiswa Institut Teknologi Bandung dalam merintis perubahan global. Apabila kerjasama antara dua negara ini dimeteraikan dalam kerjasama holistik dan segala aspek kehidupan. Pihak UiTM Cawangan Kelantan juga menyokong penuh akan aspirasi tersebut dan sependapat dalam menerokai peluang serta melebarkan sayap keilmuan serta kesarjanaan para pendidik merentas komuniti juga masyarakat global.

Penyedia Laporan:
Puan Asiah Said
Setiausaha
Department of International Affairs
UiTM Cawangan Kelantan