KOTA BHARU, 19 Februari - Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) bersama Rektor UiTMCK, Timbalan Rektor Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri dan Alumni (BPJIA) dan staf UiTMCK telah mengadakan satu lawatan ke Rumah Singgora di Kota Bharu pada 5 Februari 2024. Kedatangan lawatan dari UiTMCK telah disambut baik oleh Encik Mohamad, pemilik Rumah Singgora.
Tujuan utama pihak UiTM Cawangan Kelantan hadir ke Rumah Singgora adalah untuk berbincang mengenai usahasama kolaborasi bagi beberapa program yang bakal dijalankan nanti. Antara intipati perbincangan antara pihak Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) dan Rumah Singgora adalah untuk mengadakan sesi pameran pelajar yang akan dipamerkan di premis Rumah Singgora. Selain itu, perancangan bagi beberapa program yang akan dijalankan juga turut dibincangkan. Pihak UiTM Cawangan Kelantan amat berminat dalam perkhidmatan penyediaan makanan tradisional terutamanya Nasi Kerabu dan bakal mengusahakan tanaman ulam-ulaman di sekitar kawasan kampus. Pihak UiTM Cawangan Kelantan turut dihidangkan makanan tengah hari berkonsepkan masakan ala kampung.
Pihak Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) dan Pengurusan Tertinggi UiTM Cawangan Kelantan turut berkunjung ke Rumah Tiang 12 yang mana pemiliknya merupakan bekas alumni UiTM Cawangan Kelantan iaitu Encik Johan Arif. Tujuan lawatan adalah untuk berbincang mengenai usahasama kolaborasi seperti membuat pameran di Rumah Tiang 12, membuat jualan kraf hasil produk pelajar dan membuat usahasama ‘collaborative teaching’ mengenai ukiran Rumah Tiang 12. Pihak KPSK juga turut merancang untuk memeterai perjanjian MOU/MOA dengan Rumah Singgora dan Rumah Tiang 12 dalam masa yang terdekat.
Penyedia Laporan:
Dr. Nani Hartina Ahmad
Ketua Pusat Pengajian
Kolej Pengajian Seni Kreatif