MACHANG, 28 APRIL 2021 – Persatuan Wanita UiTM (PEWANI) Kelantan dan Kelab Pelajar Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, DiPAC dengan kerjasama Jawatankuasa Tertinggi Kediaman telah mengadakan Program Iftar Ramadhan Sempena Nuzul Al-Quran. Program tersebut dijalankan dengan mengagihkan makanan berbuka kepada pelajar UiTMCK yang berada di kolej kediaman.
Program ini berlangsung di Kolej Kediaman Tun Hussein Onn (THO) dan Kolej Kediaman Tun Dr. Mahathir (TDM) UiTM Cawangan Kelantan yang telah melibatkan seramai 556 orang pelajar (187 siswa & 369 siswi) dengan anggaran sumbangan berjumlah RM3396. Sumbangan turut disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Zulkifli Mohamed, Rektor UiTM Cawangan Kelantan dan Puan Ruzidah Ahyak, Pengerusi PEWANI Kelantan.