Majlis Perasmian Penutup Program Students Learning Through Innovation and Design Competition (SLIDc 2023)

INNOVATION AND DESIGN COMPETITION (SLIDc 2023)

MACHANG, 5 Februari – Jabatan Ekonomi, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Cawangan Kelantan telah mengadakan Majlis Perasmian Penutup Program Students Learning Through Innovation and Design Competition (SLIDc 2023) pada 22 Januari 2024. Majlis tersebut dilaksanakan secara atas talian menggunakan platform Youtube pada jam 3:00 petang dan telah dirasmikan oleh Dr. Azmahani Yaacob@Othman, Ketua Pusat Pengajian Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Cawangan Kelantan.

SLIDc 2023 telah disertai oleh 159 kumpulan pelajar UiTM Cawangan Kelantan yang mengambil kursus ECO120, ECO162 dan ECO211 bagi semester Oktober 2023 hingga Februari 2024. Pertandingan ini menawarkan hadiah untuk tempat pertama, kedua dan ketiga serta tiga hadiah khas bagi setiap kod subjek yang dipertandingkan.

Program ini mampu melahirkan pelajar yang inovatif dan kreatif menerusi "pembelajaran berasaskan permainan" dan ianya mampu menjadi platform kepada pelajar untuk mempamerkan kemampuan mereka mencipta dan menghasilkan idea yang terkini dan di samping memahami mata pelajaran ekonomi dalam suasana yang lebih menyeronokkan.

Pautan Youtube: MAJLIS PERASMIAN PENUTUP SLIDc 2023
(Kredit Kepada Puan Intan Nurul 'Ain Mohd Firdaus Kozako)

Penyedia Laporan:
Puan Norsilawati binti Mohd Hassan
Pengarah Program
Students Learning Through Innovation and Design Competition (SLIDc 2023)

Disunting oleh:
Puan Nik Suriati Nik Hassan
Pensyarah Kanan
Fakulti Pengurusan dan Perniagaan