Program Awareness on Mental: Good Health, Better Life

MACHANG, 11 Disember - Diploma in Public Administration Club (DiPAC) dan Unit Kerjaya & Kaunseling UiTM Cawangan Kelantan telah  bekerjasama dengan Persatuan MERCY Malaysia dalam mengadakan program ‘Awareness on Mental Health: Good Health, Better Life’ di HRD-A UiTM Cawangan Kelantan pada 25 November 2023. Program kerjasama antara tiga organisasi ini melibatkan seramai 70 orang pelajar dari pelbagai fakulti di UiTM Cawangan Kelantan. Program bermula pada jam 8:00 pagi dan berakhir pada jam 2:00 petang.

Matlamat program ini adalah untuk memantapkan pengetahuan tentang pencegahan dan pengesanan awal berkaitan penyakit mental. Program juga dijalankan dengan matlamat untuk mencapai Key Performance Index (KPI) UiTM dengan meningkatkan tahap Happiness Index di kalangan mahasiswa. Selain itu, program juga mencapai objektif sampingan dalam mempertingkatkan lagi kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental untuk menjana kesihatan global yang lebih baik di peringkat universiti.

Program ‘Awareness on Mental Health: Good Health, Better Life’ telah dihadiri oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli, seterusnya Penasihat 2 Diploma in Public Administration Club (DiPAC), Dr. Nor Raihana Asmar Mohd Noor, Puan Che Azlina Che Pa, Pegawai Kanan Psikologi Unit Kerjaya dan Kaunseling, Puan Nur Marjanhanani Yahya, Ahli Psikologi Klinikal Jabatan Psikiatri Hospital Raja Perempuan Zainab II selaku Penceramah, Puan Siti Nur Adlina Ridzwan selaku Koordinator Projek, Puan Siti Nurhanisah Pakari dan Cik Maznah Mohd Adenan sebagai Pembantu Penyediaan dan Pelaksanaan Projek,dan akhir sekali Cik Norfatin Farhah Abdullah, Sukarelawan Persatuan MERCY Malaysia.

Program juga turut dihadiri oleh Exco Pembangunan Mahasiswa Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2022/2023, Saudara Ahmad Hadif Halim dan Presiden Diploma in Public Administration Club (DiPAC), Saudari Nur Amalin Aisyah Mohd Zuki.

Para pelajar telah memberi sambutan yang baik dengan memberi perhatian dan kerjasama sepenuhnya sepanjang program dijalankan. Penceramah jemputan, Puan Nur Marjanhanani Yahya amat terharu dengan semangat dan komitmen para peserta yang telah diterjemahkan melalui penglibatan dan kehadiran mereka sepanjang program ini. Segala persoalan dan penerangan berkaitan masalah kesihatan mental telah dijelaskan dengan teliti dan diharapkan maklumat yang diberi dapat membantu para pelajar dalam menangani masalah kawalan emosi dan tekanan mental sebagai seorang mahasiswa.

Penyedia Laporan:
Saudari Nur Ain Solehah Dino Rizal
Setiausaha
DiPAC Sesi 2022/2023