Siri Jelajah KaSEH Bersama UiTM Cawangan Kelantan

MACHANG, 18 Oktober - Siri Jelajah KaSEH telah berjaya diadakan pada 15 Oktober 2023 di HRD A, UiTM Cawangan Kelantan. Program yang berlangsung dari jam 9:30 pagi hingga 1:00 tengah hari, bertujuan untuk membimbing dan memberi taklimat kepada para peserta mengenai tadbir urus projek KaSEH UiTM serta penggunaan sistem PRIME.

Kehadiran dan perasmian program ini telah disempurnakan oleh Prof. Dr. Hj. Abdol Samad Nawi, Rektor UiTM Cawangan Kelantan. Kami juga berbesar hati dengan kehadiran Prof. Madya Dr. Mahadir Ladisma@Awis, Pengarah Pusat Jaringan Komuniti yang bertindak selaku penceramah dan pemberi taklimat, bersama-sama dengan Prof. Madya Dr. Sukreen Hana Herman, Ketua Unit Pusat Jaringan Komuniti, dan Puan Noorazean Kamaruddin, Ketua Pentadbiran Pusat Jaringan Komuniti.

Turut hadir dalam program tersebut adalah Dr. Norzieha Mustapha, Timbalan Rektor Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri dan Alumni (PJIA) UiTM Cawangan Kelantan dan Dr. Nazhatul Sahima Mohd Yusoff, Koordinator ICAN UiTM Cawangan Kelantan. Program ini juga turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Bahagian, Ketua Pusat Pengajian (KPP), dan ketua projek berimpak tinggi bagi setiap fakulti.

Sesi taklimat telah memberikan pencerahan berinfomatik mengenai tatacara penggunaan sistem PRIME dan bagaimana setiap projek berimpak tinggi mampu mencapai penarafan 3 hingga 5 bintang. Penyampaian maklumat ini penting dalam membantu untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan projek-projek pada masa akan datang.

Secara keseluruhannya, program Siri Jelajah KaSEH telah mencapai matlamatnya dan mendapat maklum balas positif dari semua peserta. Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Adalah diharapkan bahawa pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi melalui program ini akan menjadi asas yang kukuh untuk kejayaan projek-projek mendatang dalam pencapaian PI Universiti yang disasarkan khususnya buat UiTM Cawangan Kelantan.

Semoga usaha ini menjadi batu loncatan untuk kejayaan-kejayaan seterusnya di UiTM Cawangan Kelantan.

Penyedia Laporan:
Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri dan Alumni

#ICANUiTMCK #TOGETHERNESS #MAKEITHAPPEN