MACHANG, 17 Oktober – Pihak Pengurusan Kanan UiTM Cawangan Kelantan telah membuat kunjungan hormat bersama Pengurusan Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) Negeri Kelantan yang telah diadakan pada 25 September 2023 di Wisma Air Kelantan Sdn. Bhd.
Kunjungan yang diketuai oleh Prof. Dr. Haji Abdol Samad Nawi, Rektor UiTMCK dan diiringi oleh Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Encik Hishamudin Mohamad Twontawi, Timbalan Pendaftar Kanan, Encik Mohd Aizuddin Harun, Penolong Jurutera Kanan dan Encik Muhammad Syafiq Hassan, Koordinator Unit Komunikasi Korporat. Kunjungan ini disambut dan dipengerusikan oleh Encik Izani Ismail, Timbalan Pengurus Besar Operasi manakala taklimat pengoperasian telah disampaikan oleh Encik Ir. Nik Nasrukhat@Azmi Manaf dan pengurusan kanan AKSB yang turut hadir adalah Ketua Jabatan Operasi, Ketua Jabatan Korporat dan Modal Insan, Ketua Jabatan Hasil dan Penyelenggaraan serta barisan pengurusan daripada Jabatan Teknikal yang berkaitan.
Objektif kunjungan ini adalah untuk membincangkan berkaitan kualiti air, iaitu bekalan air bersih dan terawat yang disalurkan kepada UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang. Selain itu, kunjungan ini juga tertumpu kepada operasi semasa Loji Rawatan Air Merbau Chondong.
Hasil dari kunjungan dan perbincangan dua hala tersebut, pihak AKSB mengambil maklum isu yang dibangkitkan oleh pihak UiTMCK berkaitan kualiti dan kuantiti bekalan air ke kampus tersebut dan pihak AKSB juga memandang serius dan komited akan menangani permasalahan di UiTMCK Kampus Machang, memandangkan UiTMCK adalah antara pengguna akaun terbesar di Jajahan Machang.
Pihak UiTMCK berharap bahawa dengan kunjungan ini, UiTMCK dapat mencapai objektif antara AKSB dan UiTMCK serta dapat bekerjasama dalam menyelesaikan perkara-perkara yang dibincangkan.
Penyedia laporan:
Unit Komunikasi Korporat